akusayangkeluarga

akusayangkeluarga

welcome...

assalamualaikum & salam sejahtera...
terima kasih sebab korang sudi baca cerita2 aku.
thanks sebab sanggup meluangkan masa korang untuk usha blog aku.
thanks juga kepada sesiapa yang sudi jadi my followers.

THANKS YOU ALL_-_

Thursday 4 August 2011

cooming!!!

Ding Dong...
Ding Dong...
Ding Dong...




ASSALAMUALAIKUM.
Nama saya RAMADHAN
Saya datang lagi untuk menceriakn anda wahai Muslim
dengan penuh keberkatan, ganjaran dan macam2 lah saya ada...


bukan nak kata apa lah...
tapi aku still tak lambat lagi kan untuk say 
SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK
spnjang bulan RAMADHAN ini, marilah same2 memeriahkan bulan yg pnuh kbrkatan ini.

ape kite yg digalakkan wat sepnjang bulan ni???
solat terawikh yg hanya pada bulan RAMADAHAN
menanti MALAM LAILATUL QADAR

kasi khatam 30 juzuk AL-QURAN
dan macam lagi lah..

mari kita bercerita pasal kelebihan bulan ini pula...
Kelebihan bulan Ramadan dan keagungannya dengan adanya malam Lailatul Qadar yang dirahsiakan, sehingga mendapat keampunan dan pahala serta darjat dan darjah tertinggi bagi orang yang berjaya mendapatkan malam Lailatul Qadar dengan dipenuhi amal ibadah dan bertaqwa kepada Allah, disamping sembahyangnya yang sunat , istiqfar, tasbih dan berzikir sepenuhnya.

Bersabda Nabi (s.a.w) : Bahawa syurga berlenggang-lenggang ia dan berhias dari setahun ke setahun kerana masuknya bulan Ramadan. Pada awal malam bulan Ramadan bertiup angin di bawah Arasy bergeraklah daun kayu lemah-longlainya di dalam syurga. Terdengarlah desiran daun-daun kayu, hembusan sang bayu syurga yang teramat indahnya.Seni rentak lagunya menawan seluruh perasaan nurani. Maka berhiaslah bidadari sekaliannya lalu berdirilah di atas puncak mercu syurga itu.
Lantas bersuaralah bidadari : Adakah orang yang hendak meminang kami kepada Allah. Apakah malam ini namanya? 
Jawab Malek Ridwan (malaikat) :  Hai bidadari yang cantik manis, inilah malam awal Ramadhan.
Lalu Allah berfirman: Hai Ramadan bukalah pintu syurga Bab AlJanan untuk orang-orang yang berpuasa daripada umat Muhammad (s.a.w). Hai Malek Ridwan tutuplah pintu neraka Al-Jahim daripada umat Muhammad (s.a.w). Hai Jibrail belenggukan syaitan, lontarkannya ke dalam lautan supaya tidak membinasakan umat Muhammad akan puasanya. 
Maka berfirman Allah pada tiap-tiap malam Ramadan tiga kali : Adakah orang yang meminta ampun? Akan Aku ampunkan!


  • Sabda Nabi (s.a.w) : Diberi kepada umatku lima perkara yang belum pernah diberi kepada umat-umat dahulu sebelumnya :
    • a) Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada kasturi di sisi Allah
    • b) Segala perbelanjaan dan derita lapar selama puasanya adalah syurga balasannya.
    • c) Diampunkan dosa-dosa mereka pada malam Lailatul Qadar.
    • d) Amalan yang dilakukan pada bulan Ramadan digandakan kepada 10 hingga 700 kali ganda, melainkan puasa maka ianya bagiKu, Aku balas kepadanya yang berkuasa menahan syahwatnya, makan minumnnya kerana Aku.
    • e) Dan mereka dikurniakan nikmat kepada mereka keseronokkan ketika berbuka dan ketika menemui tuhan di akhirat.(Al-Hadith)
INILAH ANTARA KELEBIHAN YANG ADA PADA RAMADHAN TAPI TAK ADA PADA BULAN LAIN...
JADI, MARILAH RENUNG2KAN BERSAMA & SELAMAT BERAMAL.